PENGENALAN

Share:

Share on facebook
Share on whatsapp

Pengenalan

Hi, selamat datang ke blog rasmi syarikat kami, HR Prestige Autopaintwork. Kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan dari tuan puan mengenai cat kereta dan lain-lain servis yang kami lakukan. Untuk pertanyaan boleh email kami di [email protected]

Di sini kami akan share setiap cerita tentang kerja-kerja yang kami lakukan dan peralatan/teknologi yang kami gunakan demi mendapatkan hasil yang terbaik. Anda juga boleh ikuti perkembangan hasil kerja kami di facebook  https://www.facebook.com/HRprestige85/ ataupun Instagram https://www.instagram.com/hr_prestigeautopaintwork85/

MISI

Statistik yang dilaporkan oleh MALAYSIAN AUTOMOTIVE ASSOCIATION (MAA) dari tahun 2010 sehingga 2019, saban tahun berlaku peningkatan dalam penjualan kereta. Pertambahan bilangan kereta baru yang mempunyai pilihan warna cat yang lebih terkini dari syarikat pengeluar masing-masing menjadikan jalan raya lebih berwarna warni dan meriah. Seiring dengan keadaan tersebut disamping memahami kehendak pelanggan yang mahukan kereta kesayangan mereka tidak kira baru atau lama berwajah baru, kami disini akan terus menerus memberikan perkhidmatan yang terbaik. Tidak ada istilah pilih bulu pada kami. Semua jenis kereta kami terima tidak kira cat luar dalam atau cat luar sahaja. Body repair juga kami terima jika ianya minor defect disebabkan kemalangan kecil.

Kami tidak boleh memberikan janji bulan dan bintang kepada anda, tetapi kami akan memastikan setiap apa yang anda bayar adalah berbaloi dengan apa yang anda dapat. Kerana tagline kami ‘Delivering Perfection & Quality’  jadi kami akan cuba sedaya upaya untuk beri sepenuh komitmen dalam kerja kami. Ini kerana kami percaya marketing yang terbaik adalah dari kepuasan pelanggan.

Di kesempatan ini, pihak kami ingin mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan kami dan anda yang sentiasa menyokong dan memberi kepercayaan kepada kami untuk mengecat kenderaan anda. Teruskan follow kami untuk lihat hasil kerja kami yang terbaru.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top