Sandblasting

Share:

Share on facebook
Share on whatsapp

Apakah yang dimaksudkan dengan sandblast?

Proses sandblast bermaksud membuang cat atau karat pada permukaan kerangka kereta dibawah tekanan tinggi. Namun tidak semua projek tukar warna cat perlu melalui proses ini. Hanya kereta yang mempunyai lapisan cat atau karat yang terlalu tebal yang disebabkan oleh proses tukaran warna yang terlalu kerap sebelumnya saja yang kami akan cadangkan untuk buat sandblast. Proses ini juga tidak boleh dilakukan di tempat yang terbuka kerana bahaya chemical terhadap kesihatan. Pekerja yang melakukan proses ini juga perlu memakai pakaian dan kelengkapan yang betul.

 

Kenapa perlu sandblast?

Pertama sekali jika anda menghantar kereta ke bengkel kami, wakil kami akan mengukur dahulu ketebalan cat kereta anda menggunakan alat khas. Jika kami mendapati lapisan cat terlalu tebal dan anda juga mengakui kereta anda telah melalui proses tukar warna banyak kali sebelumnya, maka kami akan mencadangkan untuk melakukan proses sandblast. Jika proses sandblast dilakukan sehingga ke paras bare metal, maka proses seterusnya untuk body prepping akan lebih mudah. Hasilnya, cat akan lebih tahan lama pada permukaan kereta. Tetapi, proses ini bukanlah suatu paksaan kerana ia memerlukan modal tambahan yang perlu dikeluarkan pemilik kereta.

 

Dibawah ini adalah contoh kereta pelanggan kami yang hendak menukar warna cat tetapi perlu melalui proses sandblast terlebih dahulu.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top